Tuesday, September 30, 2014

Homemade Tiramisu

Hi salam semua Raya Haji dah nak dekat beberapa hari lagi ni,,, apa kata kita buat kek untuk raya haji ni. Jom buat kek Tiramisu untuk deco atas meja. Lain dari yang lain.





Tak de lah susah sangat buat dia pun. Disini saya buat "No Bake Tiramisu". Jom  tengok resipinya.....

Kali ni saya juga  tidak gunakan telur. Tapi sesipa yang suka letak telur, ambil yang kuning dan buat double boil (maksudnya dalam pot masak air atas dapur/api dan letakkan satu bekas yang ada telur kuning/egg york tadi dan kacau sampai pekat dan ia akan bertukar warna dari warna kuning muda ke kuning tua) dan bolehlah campurkan dalam cheese cream yang telah diputarkan. 




Bahan-Bahan seperti diatas iaitu:-

Whipping cream (saya guna dairy cream)
Cheese cream
Lady fingers biscuit (tapi saya guna biskut Marie sebab lady fingers dah habis)
Gula 4 sudu (ikut suka manis)
1 sudu kecil asen vanilla
serbuk kok
air kopi (kalau suka mocha boleh tukar)

CARA-CARA buatnya:-

1. Pukul whipping cream sampai likat (iaitu dah tak meleleh lagi)
2. Dalam mangkuk lain campurkan cheese cream, gula pasir, asen vanila dan kalau nak campurkan egg york tadi disini bolehlah satukan kesemuanya dan putar sampai kembang.
3. Bila semua dah sebati, mix dengan whipping cream tadi iaitu no.1.
4. Ambil bekas atau acuan dan rendamkan biskut tadi dalam air kopi dan susun dalam mangkuk tadi. Disebabkan biskut ni nipis buat 2 layer/lapis dan sapukan semua cream tadi iaitu No.3 dan seratakan dan ULANG LAGI dengan susun biskut yang telah direndamkan dengan air kopi lagi dan sapukan cream sekali lagi.
5. taburkan serbuk koko atas sekali dan letak dalam freezer semalaman.

Yummmy... tak lupa juga   ~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2014 ~









Tuesday, September 23, 2014

6 cara untuk menjaga khasiat jus





Jus adalah cara yang mudah untuk mendapat vitamin, mineral,fitokimia yang ada dalam buah dan sayur. Dengan adanya zat-zat ini, mampu mengurankan risiko mendapat serangan penyakit jantung, diabetis dan sesetengah jenis kanser.

Selain itu, zat-zat tersebut memainkan peranan penting dalam merawat masalah luaran seperti kesihatan kulit - vitamin C, kesihatan mata dan imuniti - beta karotena yang akan ditukar menjadi vitamin A dalam badan.

Jadi mari kita amalkan meminum jus dan pastikan tiada gula tambahan. 

1. Untuk menjaga khasiat jus supaya tidak hilang begitu sahaja, minum jus serta-merta selepas dikisar

2. Jangan ditinggal pada suhu bilik. Jika ingin menyimpan lebiha jus tersebut, simpan dalam peti sejuk dan pastikan diletak dalam bekas kedap udara.

3. Ianya boleh disimpan tidak melebihi dari 3 hari

4. Semakin lama jus didedahkan kepada persekitaran, semakin banyak zat akan mengalami proses mengoksidaan yang menyebabkan zat-zat semua hilang




5. Gunakan bekas yang sesuai untuk satu hidangan (jika diminum utk seorang) berbanding dengan jag besar. Ini dapat mengelakkan keracunan makanan atau pencemaran bakteria sekiranya penutup bekas dibuka dan ditututp setiap kali ingin meminumnya.

6. Jus mudah terdedah dengan pembiakan bakteria kerana jus adalah cecair dan mengandungi gula semula jadi. Oleh itu, ia menjadi tempat yang sangat kondusif untuk bakteria membiak.



-Sumber dari i Sihat 










Monday, September 22, 2014

Bahaya kentang goreng...














Pengambilan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukan cerita palsu. European Food Safety Authority (EFSA) iaitu sebuah badan berautoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna semua peringkat.

Acrylamide ini dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan digoreng dengan suhu yang tinggi (120 darjah celcius) bagi menjadikan makanan itu lebih sedap.

Antara lain adalah potato chips mengandungi kandungan acrylamide yang lebih tinggi berbanding dengan makanan lain.






Kentang mengandungi kandungan asparagine iaitu asid amino tang tinggi dan apabila dipanaskan pada suhu tinggi, asparagine akan membentuk acrylamide. Acrylamide yang diambil dalam makanan akan diproses dalam perut dan hasil proses acrylamide ini akan diproses dalam perut dan membentuk glycidamide yang boleh menyebabkan pada mutasi DNA dan menyebabkan tumor dan kanser terutama bahagian mulut, saluran pemakanan esofagus dan perut. 

Namun tidak semua yang menikmati kentang goreng akan mengalami kenser. Ini kerana ia bergantung pada cara pengilang, masa memasak, kaedah dan suhu memasak 

Jadi berhati-hati dan tidak terlalu kerap memakan makanan deep fries.

Sunday, September 21, 2014

Pulut Mangga Thai









Masa beli mangga harum manis ni ingatkan just nak makan-makan saja. Balik rumah kemas-kemas barang ternampak pulak ada beras pulut dan santan dalam freezer tetiba teringat nak buat pulut mangga Thai atau nama thainya Khao Neow Ma-Mvang.


Ia adalah desert / pencuci mulut Thai yang memang favorite masyarakat Thai dan juga negara luar termasuklah dari Malaysia.Apa lagi itu memang favorite my son dan ianya tak susah pun. Jom follow resipinya...cara saya simple saja tak payah nak tanak-tanak.  


Bahan-bahannya:-


1. 600gm Beras pulut
2. 800gm santan
3. 3 sudu besar tepung beras
4. 2 sudu besar tepung jagung
5. 2 helai daun pandan
6. 3 sudu besar gula
7. 1 sudu kecil garam


Cara-caranya:

1. Rendam dahulu beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau tak rendam pun tak apa. Bersihkan dan masukkan dalam loyang letak santan dalam 200gm dan selebihnya letak air cukup-cukup paras beras pulut tadi dan letak garm secubit dan simpulkan daun pandan dalam 1-2 helai. Dan sekali sekala gaulkan pulut tadi supaya masak serata.



Untuk kuah santan pula:-

1. Masukkan 600gm atau lebih santan tadi bersama 3 sudu gula, garam secukup rasa, 2 helai daun pandan, tepung beras dan tepung jagung tadi.Gaulkan kesemuanya dulu sebelum masak takut nanti berketul-ketul. Bila semua sudah sebati terutama tepung beras & tepung jagung tadi, panaskan atas api dan kacar sehingga masak dan agak-agak likat/pekat sidikit. Dah boleh tutup api dan hidangkan bersama pulut tadi dan dihias bersama mangga yang manis.


****Make sure jgn letak terlebih air dalam pulut tadi takut pulut nanti lembik sangat tak sedap.


SELAMAT MENCUBA..!!



Wednesday, September 17, 2014

Asam pedas ikan pari yang mengimbau nostalgia







Salam semua, sebenarnya saya jarang beli ikan pari ni sebab ada yang pantang tak boleh makan sebab elergi gatal. Tapi sekali sekala apa salahnya sebab tak makan pun elergi jugak hehehe...

Biasanya saya kalau nak beli ikan pari kena cium dahulu takut-takut bau semacam (hancing) so janganlah beli yer dan pastikan jugak tidak terlalu tua sebab nanti takut liat isi dia.

Bahan-bahannya:-

1. 500 gram Ikan pari
2. 5 ulas bawang kecil *
3. 1 ulas bawang putih *
4. 1 ulas kunyit hidup *
5. 11/2 senduk lada giling
6. 2 batang bunga kantan
7. 2 cawan air asam jawa
8. sedikit garam (ikut rasa)
9. sedikit belacan (bagi yang suka) *
10. 10 batang Bendir

***semua bahan yang bertanda * dikisarkan terlebih dahulu


Cara-cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak sedikit hingga panas, tumiskan  bahan yang telah dikisar tadi dengan lada giling hingga terbit bau dan agak garing sedikit.

2. Kemudian masukkan air asam jawa hingga mendidih dan masukkan ikan serta bendir tadi.
3. Rasakan dengan stok ayam sedikit dan juga garam ikut rasa.Garam jangan banyak sebab belancan tadi dah ada rasa masin.
4. Didihkan hingga ikan tadi masak dan bolehlah tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.


Thursday, September 11, 2014

Green Curry - Thai Cousin





Hari ni saja nak CHALLENGE myself  masak Thai Cousin ni.

Sebab dekat Malaysia restoran thai yang halal ni memang tak ade dalam menu dia orang Green curry  atau Kari Hijau. Tapi restoran non-halal ada dalam menu dia orang masakan ni.

So, tu yang nak TRY sesangat....




Jom tengok resipi kat bawah ni.

Bahan-bahan:-

1. 6 tangkai lada hijau (bahan wajib ada) ***
2. 5 batang (yang kecil) daun ketumbar ***
3. 2 batang serai (potong kecil-kecil) ***
4. 2 helai daun limau purut
5. satu cawan stok ayam
6. garam ikut rasa
7. 2 biji buah keras ***
8. 1/2 ekor ayam
9. 3 cawan santan

Tapi siapa yang sukakan pedas lagi boleh letak cili api 3-4 tangkai bagi POWER sikit hehehe...

Okey tu ajer bahan-bahannya.

Cara-cara:-

1. Blend semua yang bertanda ****
2. Panaskan periuk atau pan dan letak minyak kelapa dalam 3 sudu.
3. Masukkan bahan yang bertanda *** dan ayam tadi dan masak hingga hingga warna hijau tadi bertukar warna agak keperangan sebab kita nak hilangkan rasa lada yang mentah tu.
4.  Masukkan daun limau purut, stok ayam dan garam ikut rasa.
5. Kemudian letak santan dan gaulkan hingga sebati dan bila dah mendidih boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.

DAN rasanyer OK jugak lah

 

Mandi malam tanda paru-paru berair...?




Tabiat suka mandi malam selalu dikaitkan dengan penyakit paru-paru berair....JOM kita merungkai apa benarkah ada relevan mandi malam dengan penyakit ini.

DUA punca terjadinya paru-paru berair:-

1. Pulmonari Edema (PE)
Apa yang boleh menyebabkan paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pulmonari Edema (PE) . Sememangnya paru-paru mengadungi cecair TETAPI  pengumpulan cecair yang tidak normal disebabkan beberapa faktor antaranya jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, parasit atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Oleh itu, bekalan oksigen menjadi berkurangan akibat cecair itu menghimpit paru-paru dari luar dan akhirnya tidak dapat mengembang dengan sempurna. 

2. Pneumonia
Atau dikenali sebagai virus yang menyebabkan keradangan (inflammation) berlaku. Virus ini boleh hadir bersama titisan dalamudara dan disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit seperti AIDS, ekzema, diabetes.

Bagi jangkitan Pneumonia, air yang dimaksudkan adalah peratusan nanah (pus) yang tinggi.

Dengan membuat pemeriksaan sinaran X dapat mengesahkan terdapat cecair pada rongga pleura berkenaan atau dipanggil paru-paru berair.

Ini menyebabkan bahagian berkenaan berair serta bengkak dan ramai antara kita salah faham. Ia tidak disebabkan oleh jankitan atau kemasukan wap air ketika mandi

Tanda-tanda yang dikaitkan dengan paru-paru berair termasuklah demam, sukar bernafas dan sering bangun malam kerana batuk dan tersedak.

Oleh itu pilihan dengan memberi suntikan atau melakukan pembedahan khas pada kawasan yang bertakung agar cecair tidak lagi berkumpul pada kawasan itu.

BAHKAN amalan mandi penting dalam mempertingkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema.

Mandi air panas boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik dan mandi air sejuk baik untuk mereka yang mengalami stres.





Tuesday, September 2, 2014

Tips - Daun Kucai turunkan tekanan darah tinggi

Asal usul daun Kucai atau nama botaninya Allium schoenoprasum tergolong dalam ketegori herba yang popular dalam masakan Perancis dan Cina walaupun ainya berasal dari Asia Tengah dan banyak ditanam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan Asia Tenggara.

                                      Login at http://tiniharon2010.blogspot.com/




Dari segi kesihatan :-
1. Daun kucai ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya, bersihkan secekak daun kucai       dan kisar tanpa menggunakan air dengan sedikit gula batu. Ambil jusnya dan embunkan semalaman. Minum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Amalkan selalu, hasilnya sungguh memuaskan.
2. Ubati masalah wanita - Daun ini mengandungi vitamin B & C, korotena dan komponen belerang yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah, keputihan serta senggugut.






Daun kucai juga selalu digunakan dalam masakan harian bagi orang Asia Tenggara seperti gambar diatas.