Tuesday, July 14, 2015

Faeez turns to 9 years old



Selamat berpuasa semua dan disebabkan lagi 2 hari nak raya, so saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan musliman.

Dalam orang sibuk berpuasa dan sebelah malam pula pergi terawih atau IFTAR dalam bulan Julai ni, Faeez menyambut birthday on 7.7.2015.

Tak buat besar-besaran pun just jemput neighbor's kids jer.


Disebabkan dia suka sangat OREO cookies, so tu yang saya baked OREK CHEESECAKE untuk dia




Ini antara Cake pops sebagai door gifts


Ini antara GENG TERAWIH dia orang lah nie. Dah pukul 11.00 malam baru balik.


Kali kedua celebrate birthday at my sis's house

Faeez ni terkenal dengan Barang LEGO dia. Satu yang saya respect dia dengan mainan LEGO ni, dia suka challenging dan punyalah teliti nak sambungkan dari satu bahagian ke bahagian yang lain dah lah kecil dan halus semua. Kalau saya mahu rabun dibuatnya.

Dia actually bukannya nak main mainan ni sangat, tapi lebih suka nak menyambung sparepart untuk menjadi satu barang samaada helicopter, robot atau apa-apa jer lah. Bila dah siap dan dia akan rasa puas hati berjaya mencantumkannya dan bila dah siap....  dah lah... just leave it there only.

 Birthday's present request nak kereta LEGO.

(Pictures)

Pergi LEGOLAND beli lagi barang mainan LEGO







Ini antara LEGO robot yang telah disiapkannya disebabkan 1 pack ada 6 jenis robot, so tak senang nak tidur asyik nak siapkan robot dia jer.