Sunday, June 7, 2015

Zara - turns to 3 years old




Semalam 6.6.2015 genap Zara 3 tahun. Sekejap jer masa berlalu. Melayan telatah dia yang bersahaja buatkan kita yang stress pun boleh release.






Throw back since she was borned till now.




My favorite pictures nie zara 2 bulan lebih dah sampai ke Grand lexus.




Baru 1 tahun dah excited nak bawak kereta

Ini masa Zara berumur 8 bulan sambut baby shower cousin.


Gambar ni masa tengah check in untuk boarding to Bangkok. Gara-gara zara dalam perut lagi mengidam nak naik flight. Hah apa lagi sampai bankok kita orang pergi. Macam dalam Malaysia dah tak ada domestic flight utk pergi each places.

Itu dulu, sekarang hmmm...


























Tuesday, May 26, 2015

AVANI HOTEL & AVANI KIDS

Hai salam semua baru baru ni saya pergi Avani Sepang.





 Sempat lagi posing sebelum naik buggy  ke
 hotel

Basikal antara perkhidmatan yang disediakan untuk memudahkan pengunjung. Ada yang percuma ada yang boleh disewa. Mana yang percuma tu sesiapa boleh ambil kalau terjumpa.



Kakak tengah menghayati pemandangan laut dari atas Resort.


   Next day, apa-apa pun brekfast dulu                       

                   
Tengok Zara..asyikkk yer berselera sungguh makan                              


Ok get set goooo..ready untuk  round satu kampung

           
Cantik pemandangan kampung disini


Singgah tepi pantai jap

           

Sempat lagi tuu singgah swimming pool sebelum check out

           
On the way to reception for check out.                         



AVANI KIDS



                 
Antara aktiviti yang ada di Avani kids.


Cooking class:

 

Ishhh ishhh anak sapa la ni...sempat lagi posing lagi tu sebelum kelas start

  
  Master chef briefing something to Zara                  

             
                 Now it's time to do it herself

       
        umpphhh..sedapnya sandwich nie



Painting class:


Kakak dan faeez listening briefing from the art instructor



Kusyuknya masing-masing painting t-shirt tu.





Treng terenggg.. inilah hasilnya kakak punya agak kemas sikit dan ada tone color. Great job my dear kids.




Ini hasil painting faeez



                 Ini pula hasil painting kakak.

Kesimpulannya, So memang enjoy la pergi sana. Tak rugi sesangat...

Tuesday, April 14, 2015

Kami di Sime Darby Prime World Magazine...

Oooopsss...terkesima jap  bila dapat tahu picture yang kami posing dengan Ning Baizura masa pihak Sime Darby launched projek Ainsdale di Seremban diterbitkan dalam magazine Sime Darby.



Actually, kami pergi sana saja nak usha-usha rumah Sime Darby di Seremban sambil support team hubby yang bakal develop sebagai sebuah bandar yang dinamakan Bandar Ainsdale yang mempunyai facilities tersendiri.


tengah posing dengan Ning satu family


Kalau ikutkan tak puas hati dengan Ning menyanyi 4 @ 5 buah lagu jer sebab best sangat suara dia dan sporting giler. Apa-apa pun Ning Baizura terbaikkk....

Saturday, March 21, 2015

Jenis-jenis bunga dalam masakan

Salam semua, hari ni saya nak kongsi ilmu jenis-jenis bunga yang selalu diguna dalam masakan harian kita.



Bunga Ros atau Mawar

Sejenis bunga yang penting dalam proses membuat minyak wangi dan kulinari. Selain air ekstreknya digunakan dalam manisan seperti Baklava, minuman dan juga hidangan savoury. Bunga ros juga dijadikan esen untuk buat kuih-muih seperti kuih ros @kuih goyang, kuih bahulu dan kuih bangkit.





Bunga lili

Biasanya putik bunga ni dikeringkan terlebih dahulu sebelum diguna untuk masak bersama tahu kering dan suun. Ia juga diguna sebagai bahan perasa (condiment) untuk bubur nasi atau congee. Putik bunga lili atau kincam ni yang masih segar boleh digoreng stir fry. Di Cameron Highlands banyak dijual di gerai sayur dan buah-buahan.



Bunga Telang

Bunga ni cukup famous terutama di kalangan masyarakat melayu kelantan dalam masakan nasi kerabu. Begitu juga dengan kaum baba nyonya. Ia merupakan sumber warna biru asli sebelum penggunaan warna biru tiruan. Ianya direbus atau rendam dalam kuantiti yg banyak untuk menggeluarkan warna biru asli.



Bunga safron

Dikategorikan rempah kelas pertama kerana harganya yang mahal. Ia banyak digunakan dalam masakan india, Turki dan juadah ala Mediterranean. Safron dihasilkan dari pengeringan stigma bunga Crocus sativa. Rempah ini hanya perlu direndamt dengan sedikit air untuk mengeluarkan warnanya sebelum digunakan. Ianya amat popular dalam masakan nasi beriani dan juadah nasi sepanyol iaitu paella.




Bunga Kantan

Antara bunga yang penting dalam masakan melayu dsn nyonya. Ada yang memanggilnya bunga halia liar. Ia merupakan bahan penting dslam masakan laksa (laksa penang) asam pedas dan juga kerabu.


Bunga Turi

Selain dari pucuk turi yang dimasak lemak bersama keledek, bunganya juga enak dicelur dan dibuat sambal belacan. Ia juga ada digunakan dalam masakan sup jernih perancis (consomme) selepas dicelur dan ditenggelamkan di dasar pinggan. Selain masak lemak, ia juga sesuai dimasak tumis air bersama ikan bilis.



Bunga Melur (Jasmine)

Ianya memainkan peranan penting dalam 'perfumery' ataupun bahan wangian dan juga masakan. Ia dijadikan ekstrek air yang biasa digunakan dalam pembikinan pencuci mulut. Ianya menghasilkan aroma yang wangi dalam Teh Jasmine yang paling banyak diminum diseluruh dunia.