Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Kuih serabai Melaka

Hai semua entry hari ni saya nak syer kuih tradisional yang berasal dari negeri Melaka.  Kuih ni tak ada jual di KL dan pergi Melaka pun tsk semua tempat ada jual. Saya kalau balik Melaka kalau nak cari kuih Serabai ni memang tak lah dapat. So tu yang saya pun menuntut belajar buat kuih ni. Ianya tak lah susah sangat.



Bahan-bahannya untuk kuih:-

3 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 sudu kecil yis kering
1 cawan nasi
garam secukup rasa

Bahan -bahan untuk kuah:-

1 buku gula melaka atau gula merah pun boleh
2 cawan air

Cara - caranya:-

1. Mudah sahaja blend semua bahan untuk buat kuih dalam blender. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
2. Perap selama 2 ke 3 jam atau semalaman pun tak apa.
3. Bila sudah kembang, guna dry pan atau kuali leper dan letak sesenduk kecil dan ulang sehingga habis bancuhan tadi.
4. Sementara itu didihkan air bersama gula melaka atau gula merah dan juga daun pandan.
5. Masak sehingga gula larut dan bolehlah hidangkan dengan kuih serabai tadi.

** ada versi yang menggunakan tepung beras tapi saya suka guna trpung gandum sebab tektur dia lembut

Saturday, January 24, 2015

Puding roti

Hai semua, salam minggu kepada semua, hari ni disebabkan ada balance roti tu yang buat bread pudding. Sebenarnya dah minggu lepas punya cerita. Tapi tak berkesempatan nak post. Terperap dalam draft.


Hari ni baru dapat post gambar puding roti ni. Apa-apa jom kita buat bread pudding ni...



Bahan-bahannya:

12 keping roti (apa-apa roti pun boleh)
3 cawan susu segar
350 gm butter
5 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan untuk sos:
1 tin susu cair
1 sudu kecil tepung kastard

Cara-cara:

1. Carikkan atau potong roti.
2. Rendam bersama susu segar yang telah dilarutkan dengan gula pasir tadi selama setengah jam
3. Setelah direhatkan campur butter yang telah dipotong dadu dan letak atas rendaman roti tadi.
4. Tabur sedikit gula pasir atas permukaan roti sebelum dibakar. ini untuk  caramalized.
5. Bakar selama 25 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Untuk buat sos:

1. Masukkan 1 tin susu cair tadi kedalam bekas bersama tepung kastard dan gaulkan bagi sebati.
2. Masak sambil whisk supaya ianya tidak berketul -ketul sehingga is pekat.