Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Orange yogurt cake

Untuk sekian lama saya tak berblogging tetiba muncul dengan resipi untuk "cuci mata" hehehe...

Resipi ni agak moist sikit disebabkan yogurt yang ada.

Untuk pengetahuan semua, yogurt pun homemade punya yer



So, itu yang letak agak banyak sikit, masak penuh kasih sayang katakan....Okey, apa-apa jom saya syer resipi dia:-

1. 2 biji Buah oren (Asingkan jus dan kulit         oren tapi  jangan buang)
2. 1 cawan Tepung kek
3. 1/2 cawan gula
4. 5 sudu homemade greek yogurt
5. 3 biji telur (gred A)
6. 300gm butter
7. Baking powder


1. Dalam mangkuk pukul butter dan gula hingga lembut
2. Masukkan telur satu per satu
3. Campurkan homemade greek yogurt serta jus oren dan kulit oren yang telah disagat.
4. Akhir sekali letak tepung kek serta baking powder
5. Letak dalam tray dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit bergantung pada oven.

Tuesday, February 24, 2015

Kuih serabai Melaka

Hai semua entry hari ni saya nak syer kuih tradisional yang berasal dari negeri Melaka.  Kuih ni tak ada jual di KL dan pergi Melaka pun tsk semua tempat ada jual. Saya kalau balik Melaka kalau nak cari kuih Serabai ni memang tak lah dapat. So tu yang saya pun menuntut belajar buat kuih ni. Ianya tak lah susah sangat.



Bahan-bahannya untuk kuih:-

3 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 sudu kecil yis kering
1 cawan nasi
garam secukup rasa

Bahan -bahan untuk kuah:-

1 buku gula melaka atau gula merah pun boleh
2 cawan air

Cara - caranya:-

1. Mudah sahaja blend semua bahan untuk buat kuih dalam blender. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
2. Perap selama 2 ke 3 jam atau semalaman pun tak apa.
3. Bila sudah kembang, guna dry pan atau kuali leper dan letak sesenduk kecil dan ulang sehingga habis bancuhan tadi.
4. Sementara itu didihkan air bersama gula melaka atau gula merah dan juga daun pandan.
5. Masak sehingga gula larut dan bolehlah hidangkan dengan kuih serabai tadi.

** ada versi yang menggunakan tepung beras tapi saya suka guna trpung gandum sebab tektur dia lembut

Saturday, January 31, 2015

Rendang lokan dengan kacang panjang

Hai salam hujung minggu, hari ni saya nak buat lain dari yang lain. Biasa kita dengar rendang kerang.



Kali ni saya buat rendang lokan. Ni pun sebab Encik suami pergi site visit area pagoh, drop kat muar cari lokan dengan kupang.



Ini rupa lokan yang telah dikukus dan dikupas kulitnya.

Rendang ni saya buat agak basah sedikit sebab nakkan ianya berkuah. Lagipun ia tak boleh masak lama-lama nanti lokan ni liat. So jom kita buat rendang.

Bahan-bahannya:-

2 kg isi lokan (kukus dan kupas kulitnya);
250 gm halia; **
5 biji bawang merah; **
2 biji bawang putih; **
3 batang serai;
1 mangkuk kecil kerisik;
8-9 biji cili api (ikut kepedasan yang diinginkan);**
1 mangkuk sederhana santan; dan
10 batang kacang panjang.

Cara-caranya:-

1.  Kisar semua bahan yang bertanda **;
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang dikisar dalam kuali. Saya tak tumis dengan minyak ya.
3. Masukkan serai, kacang panjang dan kerisik dan masak sehingga bau cili api tadi kurang.
4. Kemudian masukkan santan dan kemudian baru masukkan lokan tadi.

Sekiranya ingin rendang yang agak kering bolehlah masak lama sedikit.



Wednesday, January 7, 2015

chocolate chips mini muffin

Hi semua, entry hari ni saya nak syer buat mini muffin almaklum ada tukang makan kat rumah cuti sekolah so tu yang rajin buat tu buat ni.



Baru-baru ni saya sempat buat mini muffin chocolate chip. Disebabkan kecil sangat sampai tak cukup.

Bahan-bahan:

2 biji telur
750gm butter yang telah dicairkan (kalau nak guna minyak sayur pun boleh)
2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan sour cream
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
300gm chocolate chip


Cara-caranya:

1. Mula-mula satukan dalam bekas tepung gamdum dan baking piwder
2. Ambil sedikit tepung yg telah digaulkan dgn baking powder ke dlm mangkuk yg berisi chocolate chip. Gaulkan serupa seperti gambar dibawah.



3. Dalam bowl yg lain satukan telur, mentega yg telah dicairkan, esen vanilla dan juga sour cream. Whish sampai sebati dan masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan telur dan juga chocolate chip Adunan ni agak cair sedikit .
Memang tsk guna tepung yang banyak sebab nakkan muffin ni lembut.


4. Then bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit

Thursday, December 25, 2014

homemade hawaian chicken pizza

Hari ni sempena celebrate our 1st daughter yang ke-11 sempat buat buat pizza favorite dia.


Sebenarnya ada buat dua jenis pizza. Satu lagi sambal prawn ala-ala Domino's tapi tak sempat nak snap dah licin licau. Bukan setakat pizza saja favorite dia as long as western food hmmm semua dia suka. So jom syer resipi pizza ni.

         
                       Yis tengah kembang

  Doh yang telah diuli sebati

Hah tu dia ini baru betul kembang semangkuk

Ini pula selepas dibakar


Bahan-bahan:

5 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil minyak zaitun
2 cawan air (atau secukupnya) agak agak.


Cara-caranya buat doh:

1. Rendam yis dalam air suam. Bukan air panas ya
2. Sementara tunggu yis tadi kembang, campur tepung gandum dalam bekas lain bersama gula, minyak zaitun garam secubit dan gaulkan.
3. Masukkan sedikit demi sedikit yis tadi
4. Perapkan sekurang kurangnya 2 jam

* saya buat doh ni agak lembik sikit untuk dapatkan based yang lembut

Baham-bahan untuk topping:

5 ketul isi ayam bahagian dada (dipotong dadu)
1 biji lada bengala (dipotong dadu)
sedikit garam
5 keping nenas dipotong dadu (saya guna yang dalam tin)
500 gm mozarella cheese
sedikit sos tomato

Langkah-langkahnya:

1. Ambil sedikit minyak zaitun dan uli lagi doh yang telah kembang tadi supaya tak melekit.
2. Ratakan doh tadi atas tray / dulang
3. Sapukan sos tomato atas doh yang telah rata
4. Taburkan ayam, lada bengala, cheese kemudian baru taburkan nenas
5. Bakar 200 darjah celcius selama 30 minit




Monday, November 3, 2014

butter creamy crab with salted eggs



Salam semua, entry hari ini saya nak syer menu yang tak kurang sedapnya iaitu creamy butter crab with salted eggs. Ini gara-gara meninjau blogger otai kak nor.

So jom tengok resipi utk menu ni :

Bahan-bahan:

4 ekor ketam
3 biji telur asin
100gm butter
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi (terpulang sekiranya ingin pedas boleh letak lebih sikit)
1 tin susu cair
4 biji bawang putih

Tu jer bahan bahannya

Cara-cara:

1. Rebus telur asin terlebih dahulu dan biar ia sejuk dan boleh hancurkan ia dan ketepikan.
2. Cairkan butter dalam kuali tapi saya campurkan sedikit minyak kelapa dalam 2 sudu besar supaya butter tadi tidak hangus
3. Tumis bawang putih, cili padi, daun kari, susu cair, telur asin yang telah dihancurkan serta ketam tadi dan masak hingga mendidih.
4. Tidak perlu garam memandangkan telur asin dan butter yg saya guna adalah salted butter.
5. Setelah semua sebati dan masak, bolehlah tutup api dan hidangkan masa panas -panas lagi. Itu jer simple and yummy.




Wednesday, October 29, 2014

Spaghetti Bolognise yang simple





 Semalam sempat saya buat spaghetti bolognise untuk kids yang sememangnyer suka sesangat tak kiralah bolognise ke carbonara ke. Kita pulak yang naik muak makan tapi nak macammana ikut majoriti kalau tak dia orang boikot tak nak makan apa yang kita masak. So terpaksa lah masak untuk dia orang punya citarasa.

Simple jer Spaghetti bolognise yang saya buat entry kali ni.

Bahan-Bahan :-

1/2 Paket Spaghetti
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3 keping daging burger
1 tin sos spaghetti bolognise
1 mangkuk kecil bunga kobis
2 biji buah tomato (saya tak letak sebab dah habis stok)
2-3 batang daun fresh thyme

Untuk spaghetti, rebus dalam air sehingga mendidih dan lembut sahaja. Tak perlu lama-lama atau empuk/overcook sangat bersama sedikit garam.

Cara-caranya untuk sosnya:-

1. Letak sedikit Olive oil dalam kuali dengan api sederhana
2. Tumis bawang putih dan bawang merah tapi jangan terlalu lama nanti minyak zaitun atau olive oil tidak boleh tahan pada suhu yang terlalu tinggi.
3. Kemudian masukkan daging burger tadi bersama sos bolognise dan juga bunga kobis serta daun thyme.
4.Bila dah mendidih, bolehlah campurkan spaghetti tadi dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba ...


Tuesday, October 28, 2014

Kek Minyak yang gebu

Hai, dah lama rasanya

tak update blog sebab bizi sikit. Hari tu saya ada buat kek minyak ni. Masa tu tengah glamour orang asyik sebut kek minyak ni.







Ok jom tengok resipinya:-

5 biji telor (saya guna gred B)
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil ovelatte
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula pasir

untuk mewarnakannya saya asingkan satu mangkuk warna kuning, satu mangkuk perasa milo dan satu mangkuk warna asal dia)

1. Ayak tepung bersama baking powder
2. putar telur dengan gula sampai kembang.
3. Baru masukkan ovelatte dan pukul lagi
4. masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi sedikit dan berselang seli dengan minyak sehingga habis.
6.Bila semua sudah kembang dan sebati asingkan kepada tiga mangkuk untuk tiga warna


Cara-cara untuk layer:-

1. Sapukan minyak sedikit di loyang supaya kek nanti tidak melekat bila nak potong
2. Senggetkan sedikit loyang dan tuang warna kuning satu senduk diikuti rasa milo dan akhir sekali warna asal iaitu putih dan ulang sehingga habis
3. Barulah betulkan balik loyang yang senget tadi, so dia jadi macam ni....







Tengok bila dah masak, rupa dia macam apam lah pulak...... Apa -apa pun memeng terbaik lah dan rasa milo tu menaikkan rasa kek tu lagi




Tuesday, September 30, 2014

Homemade Tiramisu

Hi salam semua Raya Haji dah nak dekat beberapa hari lagi ni,,, apa kata kita buat kek untuk raya haji ni. Jom buat kek Tiramisu untuk deco atas meja. Lain dari yang lain.





Tak de lah susah sangat buat dia pun. Disini saya buat "No Bake Tiramisu". Jom  tengok resipinya.....

Kali ni saya juga  tidak gunakan telur. Tapi sesipa yang suka letak telur, ambil yang kuning dan buat double boil (maksudnya dalam pot masak air atas dapur/api dan letakkan satu bekas yang ada telur kuning/egg york tadi dan kacau sampai pekat dan ia akan bertukar warna dari warna kuning muda ke kuning tua) dan bolehlah campurkan dalam cheese cream yang telah diputarkan. 




Bahan-Bahan seperti diatas iaitu:-

Whipping cream (saya guna dairy cream)
Cheese cream
Lady fingers biscuit (tapi saya guna biskut Marie sebab lady fingers dah habis)
Gula 4 sudu (ikut suka manis)
1 sudu kecil asen vanilla
serbuk kok
air kopi (kalau suka mocha boleh tukar)

CARA-CARA buatnya:-

1. Pukul whipping cream sampai likat (iaitu dah tak meleleh lagi)
2. Dalam mangkuk lain campurkan cheese cream, gula pasir, asen vanila dan kalau nak campurkan egg york tadi disini bolehlah satukan kesemuanya dan putar sampai kembang.
3. Bila semua dah sebati, mix dengan whipping cream tadi iaitu no.1.
4. Ambil bekas atau acuan dan rendamkan biskut tadi dalam air kopi dan susun dalam mangkuk tadi. Disebabkan biskut ni nipis buat 2 layer/lapis dan sapukan semua cream tadi iaitu No.3 dan seratakan dan ULANG LAGI dengan susun biskut yang telah direndamkan dengan air kopi lagi dan sapukan cream sekali lagi.
5. taburkan serbuk koko atas sekali dan letak dalam freezer semalaman.

Yummmy... tak lupa juga   ~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2014 ~









Sunday, September 21, 2014

Pulut Mangga Thai









Masa beli mangga harum manis ni ingatkan just nak makan-makan saja. Balik rumah kemas-kemas barang ternampak pulak ada beras pulut dan santan dalam freezer tetiba teringat nak buat pulut mangga Thai atau nama thainya Khao Neow Ma-Mvang.


Ia adalah desert / pencuci mulut Thai yang memang favorite masyarakat Thai dan juga negara luar termasuklah dari Malaysia.Apa lagi itu memang favorite my son dan ianya tak susah pun. Jom follow resipinya...cara saya simple saja tak payah nak tanak-tanak.  


Bahan-bahannya:-


1. 600gm Beras pulut
2. 800gm santan
3. 3 sudu besar tepung beras
4. 2 sudu besar tepung jagung
5. 2 helai daun pandan
6. 3 sudu besar gula
7. 1 sudu kecil garam


Cara-caranya:

1. Rendam dahulu beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau tak rendam pun tak apa. Bersihkan dan masukkan dalam loyang letak santan dalam 200gm dan selebihnya letak air cukup-cukup paras beras pulut tadi dan letak garm secubit dan simpulkan daun pandan dalam 1-2 helai. Dan sekali sekala gaulkan pulut tadi supaya masak serata.



Untuk kuah santan pula:-

1. Masukkan 600gm atau lebih santan tadi bersama 3 sudu gula, garam secukup rasa, 2 helai daun pandan, tepung beras dan tepung jagung tadi.Gaulkan kesemuanya dulu sebelum masak takut nanti berketul-ketul. Bila semua sudah sebati terutama tepung beras & tepung jagung tadi, panaskan atas api dan kacar sehingga masak dan agak-agak likat/pekat sidikit. Dah boleh tutup api dan hidangkan bersama pulut tadi dan dihias bersama mangga yang manis.


****Make sure jgn letak terlebih air dalam pulut tadi takut pulut nanti lembik sangat tak sedap.


SELAMAT MENCUBA..!!



Wednesday, September 17, 2014

Asam pedas ikan pari yang mengimbau nostalgia







Salam semua, sebenarnya saya jarang beli ikan pari ni sebab ada yang pantang tak boleh makan sebab elergi gatal. Tapi sekali sekala apa salahnya sebab tak makan pun elergi jugak hehehe...

Biasanya saya kalau nak beli ikan pari kena cium dahulu takut-takut bau semacam (hancing) so janganlah beli yer dan pastikan jugak tidak terlalu tua sebab nanti takut liat isi dia.

Bahan-bahannya:-

1. 500 gram Ikan pari
2. 5 ulas bawang kecil *
3. 1 ulas bawang putih *
4. 1 ulas kunyit hidup *
5. 11/2 senduk lada giling
6. 2 batang bunga kantan
7. 2 cawan air asam jawa
8. sedikit garam (ikut rasa)
9. sedikit belacan (bagi yang suka) *
10. 10 batang Bendir

***semua bahan yang bertanda * dikisarkan terlebih dahulu


Cara-cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak sedikit hingga panas, tumiskan  bahan yang telah dikisar tadi dengan lada giling hingga terbit bau dan agak garing sedikit.

2. Kemudian masukkan air asam jawa hingga mendidih dan masukkan ikan serta bendir tadi.
3. Rasakan dengan stok ayam sedikit dan juga garam ikut rasa.Garam jangan banyak sebab belancan tadi dah ada rasa masin.
4. Didihkan hingga ikan tadi masak dan bolehlah tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.


Thursday, September 11, 2014

Green Curry - Thai Cousin





Hari ni saja nak CHALLENGE myself  masak Thai Cousin ni.

Sebab dekat Malaysia restoran thai yang halal ni memang tak ade dalam menu dia orang Green curry  atau Kari Hijau. Tapi restoran non-halal ada dalam menu dia orang masakan ni.

So, tu yang nak TRY sesangat....




Jom tengok resipi kat bawah ni.

Bahan-bahan:-

1. 6 tangkai lada hijau (bahan wajib ada) ***
2. 5 batang (yang kecil) daun ketumbar ***
3. 2 batang serai (potong kecil-kecil) ***
4. 2 helai daun limau purut
5. satu cawan stok ayam
6. garam ikut rasa
7. 2 biji buah keras ***
8. 1/2 ekor ayam
9. 3 cawan santan

Tapi siapa yang sukakan pedas lagi boleh letak cili api 3-4 tangkai bagi POWER sikit hehehe...

Okey tu ajer bahan-bahannya.

Cara-cara:-

1. Blend semua yang bertanda ****
2. Panaskan periuk atau pan dan letak minyak kelapa dalam 3 sudu.
3. Masukkan bahan yang bertanda *** dan ayam tadi dan masak hingga hingga warna hijau tadi bertukar warna agak keperangan sebab kita nak hilangkan rasa lada yang mentah tu.
4.  Masukkan daun limau purut, stok ayam dan garam ikut rasa.
5. Kemudian letak santan dan gaulkan hingga sebati dan bila dah mendidih boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.

DAN rasanyer OK jugak lah

 

Friday, August 22, 2014

Pajeri Terung dan Ayam goreng cili

PAJERI TERUNG DAN AYAM GORENG CILI

Hari ni paling simple masak iaitu ayam goreng berlado dengan pajeri terung jerr
Mula-mula ingat nak goreng ayam jer cause pajeri tu kira dah pedas. Tapi bila tengok freezer ada cili api ada serai hmmmm apa lagi titik lah terus campak sekali dengan ayam tu





Untuk resipi ayam goreng berlada

Bahan-bahannya:-

1. 5 ketul ayam potong sederhana kecil
2. 2 batang serai
3. 1 biji bawang besar
4. 5 biji cili api (small chili)
5. Sedikit kunyit
6. sedikit garam (tapi saya guna serbuk pati ayam saja tak perlu garam lagi)

1. Goreng ayam yang telah digaulkan dengan garam dan kunyit. Bila agak-agak kekuningan, angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit sahaja dalam kuali untuk menumis bawang tadi yang telah dipotong bulat-bulat (seperti dalam gambar).
3.Masukkan pula cili api dan serai dan masak hingga agak-agak layu sedikit
4. Last masukkan ayam yang telah digorang tadi dan balik-balikkan dan angkat





Ini pula pajeri terung

Bahan-bahannya:

1. 6 biji terung dibelah dua
2. 50gm Udang kering  ***
3. 6 ulas bawang kecil ***
4. 1 ulas bawang putih ***
5. 3 camca serbuk kari (saya guna serbuk kari ikan) ***
6. 5 camca lada giling
7. 1 camca gula merah
8. sedikit garam

1. Blend semua yang bertanda ***
2.Tumiskan minyak dan masukkan semua yang bertanda ***  dan juga lada giling dan serbuk kari tadi
3. Bila sudah naik bau, then masukkan gula merah hingga sebati
4. kemudian masukkan terung dan letak garam ikut rasa
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas

Monday, August 18, 2014

Resipi - Sardine fish with the pineapple

Today's N3 I have cooked Sardine fish with the pineapple.It's creamy and spicy yessss....



Bahan-bahan:-

1. 1 tin Ikan Sardin (sardine fish) (i prefer use ayam brand);
2. 100gm cili padi (small chili) ***
3. 1pc bawang putih /garlic  ***
4. 2 batang serai / lemon grass
5. Santan (Coconut milk)
6. Of cause pineapple/nenas 1/2 biji
7. sedikit garam (a little bit for a taste)

Cara-cara / Step;

1. Blend all the marks ***
2. Letak dalam periuk /pot
3. didih sampai kurang rasa pedas
4. letakkan serai yang telah ditumbuk kasar ( tapi saya tak letak sebab dah habis)
5. kemudian letak nenas dan masak sampai empuk /(cook well or depend on you)
4. Letak santan dan masak sampai didih dan
5. baru masukkan ikan sardin dan garam secukup rasa



Sunday, August 17, 2014

RESIPI - Grill lamb with mix vegetable

Okeyy Today's entry I made homemade grilled lamb with mix vegei...

But this is boneless lamb easy to eat just gmmmm


Just no specific sauce i make lazy time...okey kita tengok resipi dia very simple and yummy

Bahan-Bahan:-

1. Lamb (boneless)
2. tomato sauce
3. chili sauce
4. onion (blended))
5. olive oil
6. kicap manis

Cara-cara:

1. marinate (perap) daging kambing with all ingredient (if possible 24 hours)
2. grill the meat

Untuk sayur mix vegei:-

1. satu mangkuk kecil Kobis
2. kacang snow pis sedikit
3, lada (untuk hiasan)
4. bawang kecil (untuk menumis)
5. sedikit garam & gula untuk perasa

cara-caramya:-

1.tumis bawang hingga naik bau
2. letakkan kacang snow pis & kobis dan masak hingga empuk
3. bubuh gam & gula sedikit untuk perasa
4. dan last tabur lada merah dan balik-balikkan dan angkat

So, ini lah jadinyer my version lamb grill with mix vegie... hehhehe

Try it FIRST and i believe you will enjoy it...