Thursday, March 17, 2016

Mines Cruise Malaysia -Sri Kembangan

Hai semua.. hari ni tetiba rajin nak berbloging untuk entry kali ni saya nak syer jalan-jalan ke Mines yang terletak di Seri Kembangan sebab teman En hubby pergi golfing dekat mines golf club sebelah.



Inilah dia Palace of the Golden Horses - 6 Bintang Hotel antara yang terbesar di Asia. Saya pergi round north area .


Sebelum kita explore north area, kena harungi "water lift" ni terlebih dahulu.

Kepada sesapa yang nak guna cruise di atas utk tujuan birthday, weddings, seminar atau kasual gathering boleh buat booking awal.


Ni pulak view waktu malam tapi saya ciplak dari pamplet jer la yer.




       
 
     
          Sempat welfie kejap hehehe...




Yang gambar di atas ni pulak, MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC). View dari tasik yer.




Bersebelahan ada Mines Resort Golf Club (MRGC). Ingatkan En hubby dah main sampai kat area tasik boleh snap picture jap..hmm orang lain rupanya..

Yang ni pula aktiviti memberi ikan makan di tasik. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter ticket.


Gambar atas ni pulak, wawa splash tour @ Mines Square.




 Ni pulak view waktu malam. Dah malam rupanya jenjalan sampai tak hingat.

Monday, January 4, 2016

Hari konvokesyen di Sekolah Rendah

UPSR & PSRA 2015 telah berlalu untuk kakak. Alhamdulillah selamat semuanya. Dengan usaha gigih serta dorongan guru kakak berjaya dengan mendapat MUMTAZ.

Ini antara gambar dimajlis penyampaian dari #SekolahSaidinaAbuBakar.

I'm really proud of you kakak. Ibu sayang kakak.




 Ini semasa darjah 3 kakak terima anugerah   kedudukan dalam kelas

Ini pula hari konvokesyen sekolah kebangsaan. Steady and cool ajer kakak






Tuesday, October 27, 2015

Happy belated birthday to me...

Tanggal 20.10.15 genap umurku 39 huhuuu.naik satu lagi anak tangga.



Tapi tak pe yang penting kita happy...

Plan nak buat kek tapi tak berjesempatan. Dengan kata lain "Plan Kek Tak Jadi".

Hahh..yang penting dapat pressie dari en suami..






Bagus jugak dalam ekonomi tak menentu ni kumpul emas..anak pun boleh warisi di masa hadapan...betul tak.☺


Tuesday, September 15, 2015

Orange yogurt cake

Untuk sekian lama saya tak berblogging tetiba muncul dengan resipi untuk "cuci mata" hehehe...

Resipi ni agak moist sikit disebabkan yogurt yang ada.

Untuk pengetahuan semua, yogurt pun homemade punya yer



So, itu yang letak agak banyak sikit, masak penuh kasih sayang katakan....Okey, apa-apa jom saya syer resipi dia:-

1. 2 biji Buah oren (Asingkan jus dan kulit         oren tapi  jangan buang)
2. 1 cawan Tepung kek
3. 1/2 cawan gula
4. 5 sudu homemade greek yogurt
5. 3 biji telur (gred A)
6. 300gm butter
7. Baking powder


1. Dalam mangkuk pukul butter dan gula hingga lembut
2. Masukkan telur satu per satu
3. Campurkan homemade greek yogurt serta jus oren dan kulit oren yang telah disagat.
4. Akhir sekali letak tepung kek serta baking powder
5. Letak dalam tray dan bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit bergantung pada oven.

Tuesday, July 14, 2015

Faeez turns to 9 years old



Selamat berpuasa semua dan disebabkan lagi 2 hari nak raya, so saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan musliman.

Dalam orang sibuk berpuasa dan sebelah malam pula pergi terawih atau IFTAR dalam bulan Julai ni, Faeez menyambut birthday on 7.7.2015.

Tak buat besar-besaran pun just jemput neighbor's kids jer.


Disebabkan dia suka sangat OREO cookies, so tu yang saya baked OREK CHEESECAKE untuk dia




Ini antara Cake pops sebagai door gifts


Ini antara GENG TERAWIH dia orang lah nie. Dah pukul 11.00 malam baru balik.


Kali kedua celebrate birthday at my sis's house

Faeez ni terkenal dengan Barang LEGO dia. Satu yang saya respect dia dengan mainan LEGO ni, dia suka challenging dan punyalah teliti nak sambungkan dari satu bahagian ke bahagian yang lain dah lah kecil dan halus semua. Kalau saya mahu rabun dibuatnya.

Dia actually bukannya nak main mainan ni sangat, tapi lebih suka nak menyambung sparepart untuk menjadi satu barang samaada helicopter, robot atau apa-apa jer lah. Bila dah siap dan dia akan rasa puas hati berjaya mencantumkannya dan bila dah siap....  dah lah... just leave it there only.

 Birthday's present request nak kereta LEGO.

(Pictures)

Pergi LEGOLAND beli lagi barang mainan LEGO







Ini antara LEGO robot yang telah disiapkannya disebabkan 1 pack ada 6 jenis robot, so tak senang nak tidur asyik nak siapkan robot dia jer.



Sunday, June 7, 2015

Zara - turns to 3 years old




Semalam 6.6.2015 genap Zara 3 tahun. Sekejap jer masa berlalu. Melayan telatah dia yang bersahaja buatkan kita yang stress pun boleh release.






Throw back since she was borned till now.




My favorite pictures nie zara 2 bulan lebih dah sampai ke Grand lexus.




Baru 1 tahun dah excited nak bawak kereta

Ini masa Zara berumur 8 bulan sambut baby shower cousin.


Gambar ni masa tengah check in untuk boarding to Bangkok. Gara-gara zara dalam perut lagi mengidam nak naik flight. Hah apa lagi sampai bankok kita orang pergi. Macam dalam Malaysia dah tak ada domestic flight utk pergi each places.

Itu dulu, sekarang hmmm...