Saturday, March 21, 2015

Jenis-jenis bunga dalam masakan

Salam semua, hari ni saya nak kongsi ilmu jenis-jenis bunga yang selalu diguna dalam masakan harian kita.



Bunga Ros atau Mawar

Sejenis bunga yang penting dalam proses membuat minyak wangi dan kulinari. Selain air ekstreknya digunakan dalam manisan seperti Baklava, minuman dan juga hidangan savoury. Bunga ros juga dijadikan esen untuk buat kuih-muih seperti kuih ros @kuih goyang, kuih bahulu dan kuih bangkit.





Bunga lili

Biasanya putik bunga ni dikeringkan terlebih dahulu sebelum diguna untuk masak bersama tahu kering dan suun. Ia juga diguna sebagai bahan perasa (condiment) untuk bubur nasi atau congee. Putik bunga lili atau kincam ni yang masih segar boleh digoreng stir fry. Di Cameron Highlands banyak dijual di gerai sayur dan buah-buahan.



Bunga Telang

Bunga ni cukup famous terutama di kalangan masyarakat melayu kelantan dalam masakan nasi kerabu. Begitu juga dengan kaum baba nyonya. Ia merupakan sumber warna biru asli sebelum penggunaan warna biru tiruan. Ianya direbus atau rendam dalam kuantiti yg banyak untuk menggeluarkan warna biru asli.



Bunga safron

Dikategorikan rempah kelas pertama kerana harganya yang mahal. Ia banyak digunakan dalam masakan india, Turki dan juadah ala Mediterranean. Safron dihasilkan dari pengeringan stigma bunga Crocus sativa. Rempah ini hanya perlu direndamt dengan sedikit air untuk mengeluarkan warnanya sebelum digunakan. Ianya amat popular dalam masakan nasi beriani dan juadah nasi sepanyol iaitu paella.




Bunga Kantan

Antara bunga yang penting dalam masakan melayu dsn nyonya. Ada yang memanggilnya bunga halia liar. Ia merupakan bahan penting dslam masakan laksa (laksa penang) asam pedas dan juga kerabu.


Bunga Turi

Selain dari pucuk turi yang dimasak lemak bersama keledek, bunganya juga enak dicelur dan dibuat sambal belacan. Ia juga ada digunakan dalam masakan sup jernih perancis (consomme) selepas dicelur dan ditenggelamkan di dasar pinggan. Selain masak lemak, ia juga sesuai dimasak tumis air bersama ikan bilis.



Bunga Melur (Jasmine)

Ianya memainkan peranan penting dalam 'perfumery' ataupun bahan wangian dan juga masakan. Ia dijadikan ekstrek air yang biasa digunakan dalam pembikinan pencuci mulut. Ianya menghasilkan aroma yang wangi dalam Teh Jasmine yang paling banyak diminum diseluruh dunia.