Friday, November 21, 2014

Tempat - tempat menarik di Bandung

Baru - baru ni saya telah menjelajah ke negeri seberang indonesia iaitu di Bandung.





Hotel ni lah tempat kami menginap salama 4 hari 3 malam. Disebabkan kami satu keluarga 5 orang so, kami terpaksa ambil 2 bilik twin sharing.






Sebenarnya hari pertama sampai di Bandung airport, para bapa-bapa telah diculik untuk bermain golof (golf). Terpaksalah pak supir terhegeh-hegeh mengangkat beg golf yang boleh tahan beratnya.


Ini pula kaum bapa-bapa sempat posing sebelum start competition.




Manakala ibu-ibu dibawa terus ke De'Fashion tempat textile atau gedung kain macam Jakel di Malaysia.




Fatihah sempat posing jap sementara tunggu kain yg dia punya dipotong.

Disebabkan target kami memang nak shopping baju so pak supir kata kat Grande banyak baju kanak-kanak.



Pakaian kanak-kanak dan wanita banyak disini tapi saya pilih untuk pakaian untuk putera puteriku didahulukan.



Fatihah dan zara tengah usha baju masing-masing. Manakala faeez lebih cenderong untuk beli mainan.

Lebih kurang 900,000 rupiah buat investment kat Grande ni huhu...

Next kami pergi ke boutique Polo pula


Di outlet Polo ni banyak jual t-shirt . Aikkk tetiba jer anak ibu ni muncul main bak cak pulak dia. Habis jer window shopping di Polo outlet kami pun balik hotel dengan muka kepenatan




 Day 2 - area Jalan Riau

Pagi-pagi lepas breakfast kami dah terjah The Secret




First impression masuk jer tengok macam british india pun ada. Then round punya round jumpa pants yg diidamkan apa lagi terus sebatlah. Satu yg bagus kat sini ada sakes girl akan follow dan bring our items Sampai kita bayar the items. Pakaian kanak-kanak pun banyak disini dan branded jugak. Memang buat investment kat sini berjuta-juta rupiah....

Then pergi outlet The Heritage pulak




Dekat sini kami window shopping jer dah larat bukan penat tapi tak larat tengok benda yg sama jer.

Sebelah petang kami pergi Toko Tiga. Disebabkan nak rushing beli punya beli dah ambil baramg brand LEVI's sampai 4 helai terus dapat free gift jacket. Apa lagi tu yang jadi model kejap tak semena-mena Faeez pun nak posing sama.




Sebelah malam kami dinner di Bali seafood.




Hari ketiga bapak-bapak pergi sambung main golf, ibu-ibu pergi shopping menghabiskan duit bapak-bapak ke Rumah Baru. Satu hari kita orang kat situ. Habis semua kedai kita orang masuk untuk dapatkan harga yang murah.

Hari keempat pagi-oagi dah kena check out sebab flight ke KL pukul 9a.m




This time lepak kejap dalam VIP lounge Bandung sementara tunggu departure to KL


Monday, November 10, 2014

tauhu bersos tiram






Hi salam semua kali ni nak syer resipi tauhu. Salah satu sumber yang kaya dengan ptotein.

Bahan-bahannya ialah:

3 keping tauhu lembut
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang putih - dikisar
Sedikit serbuk pati ayam
2 keping lof ayam (luncheon chicken)

Cara-caranya:-

1. Panaskan pan dengan sedikit minyak
2. Tumis bawang merah & putih yang telah dikisar
3. Campurkan sos tiram, kicap manis dan rasakan dengan serbuk pati ayam
4. Letak lof ayam yang telah diracik dadu beserta tauhu.
5. Masak hingga sebati dan tutup api

Sesuai untuk yang sedang berdiet.




Monday, November 3, 2014

butter creamy crab with salted eggs



Salam semua, entry hari ini saya nak syer menu yang tak kurang sedapnya iaitu creamy butter crab with salted eggs. Ini gara-gara meninjau blogger otai kak nor.

So jom tengok resipi utk menu ni :

Bahan-bahan:

4 ekor ketam
3 biji telur asin
100gm butter
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi (terpulang sekiranya ingin pedas boleh letak lebih sikit)
1 tin susu cair
4 biji bawang putih

Tu jer bahan bahannya

Cara-cara:

1. Rebus telur asin terlebih dahulu dan biar ia sejuk dan boleh hancurkan ia dan ketepikan.
2. Cairkan butter dalam kuali tapi saya campurkan sedikit minyak kelapa dalam 2 sudu besar supaya butter tadi tidak hangus
3. Tumis bawang putih, cili padi, daun kari, susu cair, telur asin yang telah dihancurkan serta ketam tadi dan masak hingga mendidih.
4. Tidak perlu garam memandangkan telur asin dan butter yg saya guna adalah salted butter.
5. Setelah semua sebati dan masak, bolehlah tutup api dan hidangkan masa panas -panas lagi. Itu jer simple and yummy.