Monday, August 25, 2014

Kelebihan dan manfaat Surah A-Waqiah


Kelebihan dan mukjizat Surah Al-Waqiah / Ingin menjadi kaya atau bahasa mudah tidak mahu MUFLIS dengan izin Allah eloklah dijadikan amalan harian kerana surah ini digelar surah kaya. 

Dengan izin Allah orang yang mengamalkan surah ini tidak akan menjadi miskin. 


Dalam Al Quran, terletak Surah Al-Waqiah dalam Surah ke-56, Juzuk ke-27 dan terdiri dari 96 ayat. DimanaSurah Al-Waqiah yang bermaksud Kiamat.

Ia juga menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.

Diceritakan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api sebagai tanda kekuasaan Allah SWT  termasuk hari kiamat.

Dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah sebagai amalan setiap pagi & malam, Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya.

Rasulullah SAW bersabda:-
"Sesiapa mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap hari maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Rasulullah SAW bersabda:-
"sesiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, ia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selam-lamanya"

Daripada Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"sesiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya" (HR:Al-Baihaqi)

Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya:"barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali pula, maka Allah STW akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula"

Antara mukjizatnya:-

1. Bila membaca Surah Al-Waqiah 14 kali setiap selesai solat asar, maka orang itu akan        memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.

2. Bila membaca 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak, Insyaallah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.

Bagi orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki, hendaklan berpuasa selama seminggu bermula hari jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah  Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat ke atas nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkan membaca Surah Al-Waqiah pada waktu pagi dan petang.  



NOTE:
 Bagi saya memang ianya berlaku dalam kehidupan saya sebelum dan selepas mengamalkannya walaupun saya ni agak brutal sikit dan taklah warak manapun. Tapi dengan sabar jika kita amalkan memang insyaallah Allah SWT akan bantu dari pelbagai penjuru. Bak pepatah "Don't judge by its cover".




No comments:

Post a Comment